Friday, October 1, 2010

Usik2....






Memancing udang harimau di Banting


Kali pertama pergi dpt 4 ekor
Kali kedua pergi dapat 8 ekor
Kali ke tiga pergi dpt ekor je.... Ahaks....

Tips memancing udang harimau di kolam bayar :
1. Kena mandi dulu
2. Jangan mkn dulu... Kena bagi udang makan dulu, baru kite boleh makan.
3. Celup tangan dalam air...
4. Rasa air kolam dulu.... kalau cukup masin boleh bawa balik rumah...
5. Jgn gosok gigi selama 3 hari..... udang harimau suka bab ni...

Thursday, December 31, 2009

nadhirah





Ni anak buah aku yg pertama. Nama dia Nadhirah. Berumur 2 tahun.. masih single dan tidak bersekolah. Dia anak kepada Faizal dan Huda. Faizal tu along aku dan Huda tu kak ipar aku la... Masa umur dia setahun lebih, dia cukup takut jumpa aku. Maklumlah jarang balik rumah. Dia x kenal la pak ngah dia ni.. bile aku nak dukung dia je, mesti dia menangis. Sekarang x lagi. Semakin petah bercakap.. Aku cukup pantang jumpa dia... Kalau dia jumpa aku pula lagi pantang.. kejap2 pak ngah nak dukung!!pak ngah nak dukung!! Masa umur dia setahun aku larat lagi nak dukung dia. Bila dah menjangkau 2 tahun ni, semakin sihat pula dia. Dah x larat aku nak dukung dia. Maklumlah, aku dah tua.. (baru 19 tahun) huhu.. Bila aku rindu kat dia, aku tengok la gambar ni.. Hilang juga rindu aku kat dia..

Tuesday, December 29, 2009

suzie dan ariel










Dah lama aku x update blog ni.... Sibuk memanjang. Gmbr Ariel dan Suzie ni aku shoot utk pre-wedding dorang. Lokasi dia kat area percint 11 putrajaya berdekatan dgn rumah aku... Suzie merupakan kawan sepejabat aku. Ariel dan Sue memang sempoi abis masa aku masa ni...
Baeekk punya.... Pasangan ni akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.. Ariel berasal dari Pahang dan Suzie berasal dari Ipoh, Perak. Mereka sama-sama kerja dan bertemu di Putrajaya. Ni yg dinamakan rezeki di Putrajaya.. Aku harap mereka kekal sehingga ke akhir hayat..

Wednesday, December 9, 2009

Majlis Perkahwinan Nazrin dan Mizah (16 Oktober 2009)




















Majlis Perkahwinan Nazrin dan Mizah telah diadakan di Bukit katil Melaka pada 16 Oktober 2009 yg lepas. Nazrin merupakan kawan baik aku dari kecil.. Kawin juga dia akhirnya... Aku je yg x kawin2 lg. Mizah pula merupakan seorang jururawat tentera yg bertugas di Kedah. Kesian pada Nazrin, terpaksa berpisah dgn isteri tercinta... Walaupun jauh dimata, tapi dekat dihati... Dugaan... Semoga selepas mendirikan masjid ni, rezeki pasangan ini semakin melimpah ruah... mcm banjir di Kelantan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..Amin....
Sekian saja.....