Thursday, December 31, 2009
nadhirah
Ni anak buah aku yg pertama. Nama dia Nadhirah. Berumur 2 tahun.. masih single dan tidak bersekolah. Dia anak kepada Faizal dan Huda. Faizal tu along aku dan Huda tu kak ipar aku la... Masa umur dia setahun lebih, dia cukup takut jumpa aku. Maklumlah jarang balik rumah. Dia x kenal la pak ngah dia ni.. bile aku nak dukung dia je, mesti dia menangis. Sekarang x lagi. Semakin petah bercakap.. Aku cukup pantang jumpa dia... Kalau dia jumpa aku pula lagi pantang.. kejap2 pak ngah nak dukung!!pak ngah nak dukung!! Masa umur dia setahun aku larat lagi nak dukung dia. Bila dah menjangkau 2 tahun ni, semakin sihat pula dia. Dah x larat aku nak dukung dia. Maklumlah, aku dah tua.. (baru 19 tahun) huhu.. Bila aku rindu kat dia, aku tengok la gambar ni.. Hilang juga rindu aku kat dia..
Wednesday, December 30, 2009
Tuesday, December 29, 2009
suzie dan ariel
Dah lama aku x update blog ni.... Sibuk memanjang. Gmbr Ariel dan Suzie ni aku shoot utk pre-wedding dorang. Lokasi dia kat area percint 11 putrajaya berdekatan dgn rumah aku... Suzie merupakan kawan sepejabat aku. Ariel dan Sue memang sempoi abis masa aku masa ni...
Baeekk punya.... Pasangan ni akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.. Ariel berasal dari Pahang dan Suzie berasal dari Ipoh, Perak. Mereka sama-sama kerja dan bertemu di Putrajaya. Ni yg dinamakan rezeki di Putrajaya.. Aku harap mereka kekal sehingga ke akhir hayat..
Wednesday, December 9, 2009
Majlis Perkahwinan Nazrin dan Mizah (16 Oktober 2009)
Majlis Perkahwinan Nazrin dan Mizah telah diadakan di Bukit katil Melaka pada 16 Oktober 2009 yg lepas. Nazrin merupakan kawan baik aku dari kecil.. Kawin juga dia akhirnya... Aku je yg x kawin2 lg. Mizah pula merupakan seorang jururawat tentera yg bertugas di Kedah. Kesian pada Nazrin, terpaksa berpisah dgn isteri tercinta... Walaupun jauh dimata, tapi dekat dihati... Dugaan... Semoga selepas mendirikan masjid ni, rezeki pasangan ini semakin melimpah ruah... mcm banjir di Kelantan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..Amin....
Sekian saja.....
Monday, October 5, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN QIU FAHIDEEN & SITI FATIMAH (26 &27 SEPTEMBER 2009) DI PULAU PINANG DAN KUALA KANGSAR
Selamat pengantin baru kepada Qiu dan Fatimah yg selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 26 Sept 2009 di Pulau Pinang dan 27 Sept 2009 di Kuala Kangsar Perak. Aku bergerak dari Putrajaya untuk pergi ke rumah dia orang pukul 3.00pg dan sampai Kuala Kangsar pukul 7.30pg. Lepas lepak kejap, aku terus ke Kg Penaga, Pulau Pinang untuk majlis pernikahan dan persandingan dia orang. Memang satu perjalanan yg memenatkan. Selepas majlis persandingan dia orang, aku terus pulak ke Kuala Kangsar semula untuk bermalam di sana kerana esok ada majlis persandingan sebelah lelaki pula. Untuk pengatahuan korang, Qiu ni member aku semenjak aku keje kat di Putrajaya. Aku selalu lepak kat rumah bujang dia untuk tengok bola pasal rumah aku x de astro(sekarang dah ada dah). Aku harap dorang bahagia sampai ke akhir hayat...
Subscribe to:
Posts (Atom)